21.2.09

BOLEH JAWAB TAK ?

Soalan peperiksaan Ireland



Soalan peperiksaan di Ireland. Memang tricky betul soalan diaorang, kalau aku mampuh tokleh jawab.



Jawapannya, kalau anda nak tahu



urm..ape macam..ade macam tricky tak...huhu..
izt mula2 pun tak leh nak jwab..tapi 2nd time....leh jawab...huhuhuhu

Jangan merungut




Jangan merungut.........

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

MARI BERKAHWIN.........!

Perkara-Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin



Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Sekarang ini adalah musim cuti sekolah dan dalam musim cuti sekolah seperti ini, tauke khemah, tauke ayam, tauke daging, mak andam dan tauke telur ayam selalunya tersenyum lebar kerana pendapatan mereka meningkat maklumlah ramai orang membuat majlis kenduri kahwin.

Dari semasa ke semasa saya juga diminta terlibat apabila saudara mara mengadakan majlis kenduri kahwin. Kini saya merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalankan majlis kenduri kahwin.

Kali ini saya ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan ini di kalangan umat Islam di Malaysia.

Perkara 1:

Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". (Surah An-Nisaa' - Ayat 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (Riwayat Bukhari)

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah". (Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". (Riwayat Ahmad)

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Perkara 2:

Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang saya lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.

Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir? Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.

Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.

Perkara 3:

Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah! Adalah jauh lebih baik bawa pizza barang 5 keping yang bersaiz besar untuk sama-sama makan iaitu ahli rombongan pengantin lelaki dan pihak tuan rumah. Kalau tak nak makan, tak payahlah bawa pizza.

Sirih junjung sah barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Perkara 4:

Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?

Antara jawapannya mungkin ialah:

1. Supaya aku kelihatan cantik menarik

2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik

3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku

4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat

5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke?

6. Supaya orang tertawan dengan aku melalui kecantikan wajah aku ni.

Apa yang jelas dari bermake up adalah satu dosa sebagaimana artikel Tabarruj di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/54 dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan musibah dari Allah. Takutilah azab Allah dan sesungguhnya azab Allah itu perit.

Membuat sesuatu perkara semata-mata untuk mendapat dosa dan azab adalah sesuatu kezaliman dan kebodohan.

Tambahan pada 23 Ogos: Saya ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5. Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Ayu cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat saya kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari haram kepada sunat agaknya!! Begitulah seperti diajarkan oleh arwah guru, satu dosa akan menggamit dosa-dosa yang lain.

Perkara 5:

Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:

1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00

2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.

3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!

4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.

5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.

6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.

7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.

Perkara 6

Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?

Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah saya jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.

2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.

3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!

4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.

5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:

1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.

2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu

3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.

4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.

5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin

6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA

7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.

Perkara 7

Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.

Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:

1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.

2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut

3. Berbagai amalan karut marut lain

Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis kenduri kahwin saudara saya. Pada pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kada jemputan. Saya turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata "bagus betullah petua dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik".

Astagfirullah... saya berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai. Saya berkata-kata di dalam hati "kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini". Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba.

Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun. Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg. Dalam hati saya berkata "Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah...".

Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insya Allah majlis tersebut tidak turun hujan.

Perkara 8

Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk berbuat maksiat, Astagfirullah...

Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak.

Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta maksiat dan antaranya ialah seperti berikut:

1. Membayar wang yang banyak kepada DJ, PA system, sistem karaoke, kugiran dan penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit untuk membeli dosa. Sila baca artikel berkaitan muzik bertajuk Hukum bermain muzik dan nyanyian menurut Islam di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/40 . Membazir sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang perempuan adalah juga dosa. Tak takut sungguh manusia dengan dosa.

2. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke. Inilah platform yang amat cantik untuk menjadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, tok guru buat dosa dengan menyanyi.

3. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara. Redha dengan perbuatan ini adalah dosa dan kelak di akhirat Allah tuang besi cair ke telinga.

4. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian. Astagfirullah....

5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.

6. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.

7. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan.

8. Kalau dikampung dimana masak memasak diadakan secara gotong royong, inilah satu pesta yang amat seronok iaitu PESTA KATA MENGATA DAN MENGUMPAT terutama sekali dikalangan orang perempuan, Astagfirullah....

9. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita, Astagfirullah....

10. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.

Saya mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam.

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.

Sekian wassalam wallahualam

16.2.09

KENAPA ? RENUNG2KANLAH YEA...

izt baru je balik main bola nie..balik rumah persatuan baca2 laa paper2..nak bagi rest sikit otot2 yg makin hari makin terasa kematangannya..huhuhu
tapi sakit jgk hati bila membaca ttg tajuk2 akhbar :


Jumlah anak tanpa bapa mencecah 257,411

BAYAN BARU, 16 Feb - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes..

Bila baca tajuk paper niee...mahu terkejut niee..so kite try laa bayangkan..if mereka2 nie dah besar nanti...?
ish............ape nak jadi laa malaysiaku ini...

ILMIAH NIE...SEMUA MINUM KAN?

Asal Usul Kopi Capuccino


Siapa Saint Capuccino ni?

Oh rupanya seorang paderi kristian yang membantu menghalang tentera Turki memasuki Vienna pada tahun 1683. Ini adalah kejayaan eropah menghalang dari kemaraan tentera Islam.

Untuk tujuan itu beliau dianugerahkan gelaran orang suci atau Saint.

Mengikut lagendanya, apabila Turki meninggalkan Eropah, mereka meninggalkan satu karung yang berisi buah kopi. Pada asalnya orang eropah menyangkakan bahawa ia adalah makanan unta, maklumlah pahit bak kopi pak belalang...

Tapi Paderi bernama capuccino ini bijak dan berinovasi. Beliau menghasilkan sebuah minuman istimewa dengan mencampurkan kopi ini dengan madu dan susu.

Itu aja? Mudahnya... !!

So kalau anda nak minum minuman Saint Capuccino al-Vienna ni, cuba bayangkan senyumannya, wajahnya dan kepalanya yang licin itu... InsyaAllah bertambah-tambah selera anda.... :)

Wallahu A'lam.

14.2.09

Mari Berkongsi Bahan Ilmiah



Hukum Merayakan Hari Valentine (Valentine: Hari Raya Mengenang Pendeta )





Memasuki bulan Februari, kita menyaksikan banyak media massa, mall-mall, pusat pusat hiburan bersibuk ria berlomba menarik perhatian para remaja dengan menggelar acara-acara pesta perayaan yang tak jarang berlangsung hingga larut malam. Semua pesta tersebut bermuara pada satu hal yaitu Valentine’s Day atau biasanya disebut hari kasih sayang. Pada tanggal 14 Februari itu mereka saling mengucapkan “Selamat hari Valentine”, berkirim kartu, cokelat dan bunga, saling bertukar pasangan, saling curhat, menyatakan sayang atau cinta.
Sejarah, Asal-Usul dan Latar Belakang

Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St. Valentine yang hidup di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St. Valentine karena menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St. Valentine mengajak manusia kepada agama Nasrani, lalu memerintahkan untuk menangkapnya.

Dalam versi kedua, Claudius II melihat bahwa para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang, lalu dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. St. Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sampai akhirnya diketahui dan dipenjarakan. Di penjara dia berkenalan dengan putri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kartu yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.” Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama Nashrani bersama 46 kerabatnya.

Versi ketiga, ketika agama Nasrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak itu dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan “Dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kartu ini.” Akibat sulitnya menghilangkan tradisi ini, para pendeta memutuskan mengganti tulisannya menjadi “Dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nasrani.

Saudaraku, itulah sejarah Valentine’s Day yang sebenarnya (berdasarkan data yang ada -ed), yang seluruhnya tidak lain bersumber dari paganisme orang musyrik, penyembahan berhala dan penghormatan pada pastor. Bahkan tak ada kaitannya dengan “kasih sayang”, lalu kenapa kita masih juga menyambut Hari Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat, atau hanya ikut-ikutan semata? Bila demikian, sangat disayangkan banyak remaja Islam yang terkena penyakit mengekor budaya Barat dan acara ritual agama lain. Bahkan saat ini beredar kartu-kartu perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengitari gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya itu merupakan lambang tuhan cinta bagi orang-orang Romawi! Padahal Alloh berfirman, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya.” (QS. Al Isro’: 36)

Bolehkah Memperingati Hari Valentine?

Bila dalam merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali Valentine maka tidak disangsikan lagi bahwa ia telah melakukan perbuatan kekafiran. Adapun bila ia tidak bermaksud demikian maka ia telah melakukan suatu kemungkaran yang besar. Ibnu Qoyyim Al Jauziyah rohimahulloh berkata, “Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut haram. Semisal memberi selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, “Selamat hari raya!” dan sejenisnya. Bagi yang mengucapkannya, kalaupun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram. Berarti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamer atau membunuh. Banyak orang yang kurang mengerti agama terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadari buruknya perbuatan tersebut. Seperti orang yang memberi selamat kepada orang lain atas perbuatan maksiat, bid’ah atau kekufuran maka ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan dan kemurkaan Alloh.” Allohu a’lam bish showab.

y pic PUTRAJAYA?



Bila tgk gambar yg baru bizt letak tuu..hhuhuh...ade makna laa tuu..
1001 memories wth dat pic...nak taw?owh2...biarlah rahsia.....

ALHAMDULILLAH

wELCOME BECK...
AHLAN YA aBA hUZAifaH....




Segala puji bagi ALLAH....
dah lame tak update blog nie..rase dah berzaman dah kot...bukan ape...malas ade,tak dee mood pun ade..macam2 laa serabut...huhuhu..
so...buleh nak cerita pun.. pasal ptg tadi...alhamdulillah...
result xm izt dah selaamat dikieluarkan ptg tadi...debar2 tahap ape tah hari nie...istghfar berkali2..agar natjiah(result) ok..
semua member2 dok tanya..haa izt..ko dah gi tgk ke?siap telepon pun ada...izt ...anta dah dah gi tgk?result dah keluar ke?...adoi2... tgh dibuai elok2 dalam mimpi tiba2 soalan yg mengstopkan degupan hati tuu..terus tak dapat sambung tido...yg lebih menarik tuu..sahabat ana seorang nie..
dia dari kuliah hadith...dia ade moto...so lepas asar je...tup2..dia col..

kaab : aizat...ko dah banyak bt solat hajat ke?
izt : urm...adoi2...nie kenapa pulak nie?
kaab : ko biar betull....
izt : erk..betul ape lak nie?ko nie kenapa?
kaab : aku kart depan kuliah ko nie....
izt : dup..dup..dup..dalam hati (apesal laa pulak mamat nie gi kuliah aku? ko kan dari kuliah lain. nak spy ke aku punya result?)adoi2 malu laa if kantoiiii
kaab : tahniah..ko lulus semua....
izt : ALHAMDULILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLAH....syukurr sgt2
kaab : aku cari ko punya name kart name2 yg fail...tapi tak ddeee pulak....sambil gelak2
izt : cet..ko nie...wei..betul ke nie?ko jgn main2 bun (name samaran dia)huhuhu
kaab : laa betul laa..ko tak caya ke?ko nak aku ambil bawak ko dtg tgk sendiri ke?
izt : ok2 aku caya dgn ko..anyway..thnks so much...

alhamdulillah...lega sikit hati niee..
so izt ambil keputusan...nak col umi n abuya...nak share my feelings..
tapi time tak berapa sempat..credit tak dee..topup pun lambat...so..batal untuk esok je laa
lepas asar tuu jgk....ikut poji n jali ke PPM (rumah persatuan kami)naik keta poji.
ondwy tuu singah jap syarikat telepon Mobily....nak kena memperbaharuii database sim kad..
urm...then, gi dobi..hantar blanket aku...baru sampai umah..

Sampai2 aje umah...jumpa dgn geng2 yg gi yanbuk..mereka gi memancing ikan...semalam mereka pergi..ptg tadi baru balik..muka masing2..macamm udang kena pangang..memancing di lautan merah..rezeki kurang...8 ekor ikan je...huhuh.alhamdulillah la dari tak dapat ape2 pun..kann?sebenarnya izt nak join..tapi...geng2 keta poji kejap nak pergi kejap tak nak..
macam biskuit chipsmore..adoi2...so..last2 tak jadi jugk pergi..
kami sebenarnya..dalam semester break dalam 14 hari..so, peluang yg ade nie laa nak gi jalan2.
ade kawan2 gi merantau jauh... ade group yg gi mesir..ade group yg gi 3 negara(syiria,jordan,turki) ade group yg balik mesia(nie group yg dah kawin)balik gi jumpa bini..huhuh
so..izt laa n beberapa kerat baki yg ade di bumi maDInaH niee...
urmm
ok laa laa kot sampai disini dulu..baru je jinak2 nie..kalau ade masa n waktuu..izt letak gambar pulak k..urmm...nak letak gambar pe yer?